KONSEPTUAL KESUSILAAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN

Authors

  • Mohd Azhar bin Abdullah

Keywords:

Kesusilaan, Perundangan, Rukun Negara, Kesopanan

Abstract

Penulisan ini menyoroti konseptual kesalahan kesusilaan yang diperuntukkan dalam
sistem perundangan di Malaysia. Ia bertujuan mendapatkan interpretasi tentang sumber yang
menunjangi konsep keluhuran kesusilaan dan sejauh mana ideologi kesusilaan dikembangkan dan
dipraktikkan sebagai prinsip umum dalam perundangan negara Malaysia. Bagi mencapai tujuan
tersebut, perbincangan ditumpukan kepada prinsip kesusilaan dalam Perlembagaan, Rukun Negara,
undang-undang dan kehakiman serta. Perbincangan turut menyentuh secara umum beberapa
peruntukan bagi dua jenis kesalahan kesusilaan, iaitu perlakuan kurang sopan dan kesalahan pakaian
yang dikuatkuasakan di bawah dua bidang kuasa mahkamah di Malaysia, iaitu bidang kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri.

Published

2019-11-11