Aplikasi Kata Pinjaman Arab dalam Teks Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Penguasaan Bahasa Arab

Authors

  • Mohd Zuhir bin Abd Rahman, Ph.D

Keywords:

Bahan pembelajaran, kata pinjaman Arab, pembelajaran bahasa Arab, penguasaan bahasa Arab, pendekatan pembelajaran Arab

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang diaplikasi
dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai bahan pembelajaran
utama di sekolah. Penggunaan kata pinjaman Arab mempunyai peranan dan perkaitan yang penting dalam
pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab pelajar khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah analisis kandungan bertujuan menganalisis kata pinjaman
Arab dan kajian lapangan digunakan bertujuan untuk menganalisis kesan penggunaan kata pinjaman Arab
terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar. Data analisis kandungan diambil daripada buku teks tingkatan tiga,
manakala kajian lapangan melalui soal selidik yang dilaksanakan terhadap 50 orang guru sekolah menengah
sebagai responden kajian. Kajian ini mengaplikasi prinsip “Pembentukan Kata Bahasa Melayu” oleh Asmah
Haji Omar (1991) bagi mengenal pasti kata pinjaman Arab dalam buku teks Bahasa Arab. Berdasarkan prinsip
ini, sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu terbentuk melalui kata pinjaman Arab. Kata pinjaman
daripada bahasa Arab merupakan kumpulan yang terbesar dalam kata-kata yang dibawa dari luar alam
Melayu. Dapatan kajian telah mengenal pasti satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang berasaskan
kepada kata pinjaman Arab dalam usaha mempertingkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar di Malaysia

Published

2019-11-11