Metodologi Al-Shahrastani Dalam Al-Milal Wa Al-Nihal

Authors

  • Mohd Faizal, A. K. Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia
  • Mohamed Fairooz bin Abdul Khir Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia
  • Mohd Fahmi , A. K. Mohd Fahmi , A. K.

Keywords:

al-Shahrastani, al-Quran, Metode, Perbandingan, Agama

Abstract

Artikel ini adalah kajian konseptual berasaskan kepada metode analisis induktif dan deduktif terhadap metodologial-Shahrastani dalam karya beliau berkaitan agama.Tumpuan diberikan kepada metode penulisan dan metode kajian beliau. Kajian ini berasaskan kepada karya agung al- Shahrastani; al-Milal wa al-Nihal yang dihasilkan bagi menerangkan agama dan falsafah sepanjang perjalanan dunia. Ia bermula dengan pendahuluan yang membahaskan tentang latar belakang kajian, objektif dan kajian terdahulu. Seterusnya diikuti dengan catatan ringkas tentang al-Shahrastani dan karya beliau al-Milal wa al-Nihal bagi memperlihatkan kredibiliti alShahrastani dalam bidang perbandingan agama. Seterusnya kajian ini memfokuskan perbahasan tentang metodologi al-Shahrastani dalam penulisan beliau. Ianya dipecahkan kepada beberapa sub topik antaranya paparan kajian, sumber, skop kajian dan metodologi kajian beliau terhadap agama. Kajian ini merumuskan bahawa al-Shahrastani telah mengaplikasikan Metode Perbandingan Deskriptif dalam al-Milal wa al-Nihal. Namun begitu, kedapatan beberapa aspek perbandingan normatif yang telah diaplikasikan oleh beliau dalam karyanya ini.

Downloads

Published

11-11-2019

How to Cite

Mohd Faizal, A. K., Mohamed Fairooz bin Abdul Khir, & Mohd Fahmi , A. K. (2019). Metodologi Al-Shahrastani Dalam Al-Milal Wa Al-Nihal. Journal of Asian Islamic Higher Institutions, 4(1), 1–10. Retrieved from http://jurnal7.usas.edu.my/index.php/JAIHI/article/view/20