Penjanaan Kemahiran Insaniah Mahasiswa IPT melalui Sinergi Ilmu dan Pendidikan : Kajian Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Authors

  • Mohd Azuwan M. Universiti Teknologi PETRONAS, Malaysia
  • Budi Alfahmi M. Z. Kolej Komuniti Sungai Siput, Malaysia
  • Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M. Islamic University College of Perlis

Keywords:

Kemahiran insaniah, Mahasiswa IPT, Ilmu, Pendidikan, Seni Silat Cekak Malaysia

Abstract

Kemahiran insaniah yang cemerlang sangat diperlukan oleh mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia agar dapat memenuhi kehendak pasaran kerja setelah tamat pengajian di universiti. Walaupun terdapat beberapa program dan kaedah dijalankan untuk menjana kemahiran insaniah mahasiswa, kajian terhadap impak pengajian persilatan dan aktiviti berpersatuan terhadap kemahiran insaniah mahasiswa masih minima. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji impak mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia (SSCM) sehingga tamat dan aktif di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) terhadap penjaanan kemahiran insaniah 18 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa IPT tempatan. Seramai 18 orang responden telah menjawab borang kaji selidik yang mengandungi soalan berkaitan tahap tujuh elemen kemahiran insaniah individu sebelum dan selepas menyertai PSSCM. Borang kaji selidik ini dihantar melalui emel. Responden tersebut perlu menjawab tahap kemahiran insaniah mereka sebelum dan selepas menyertai PSSCM. Keputusan kajian mendapati bahawa mempelajari SSCM sehingga tamat dan aktif di dalam PSSCM dapat menjana kemahiran insaniah responden ke Tahap 4 (tinggi) dan 5 (amat tinggi) dalam semua elemen kemahiran insaniah responden disebabkan oleh silibus pelajaran SSCM yang bersistem, program PSSCM yang tersusun dan sistem pendidikan berguru. Secara kesimpulannya, impak yang positif terhadap penjanaan kemahiran insaniah responden dapat dilihat dengan jelas apabila mereka tamat pengajian SSCM dan aktif di dalam PSSCM.

Downloads

Published

11-11-2019

How to Cite

Mohd Azuwan M., Budi Alfahmi M. Z., & Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M. (2019). Penjanaan Kemahiran Insaniah Mahasiswa IPT melalui Sinergi Ilmu dan Pendidikan : Kajian Kes Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Journal of Asian Islamic Higher Institutions, 3(1), 1–7. Retrieved from http://jurnal7.usas.edu.my/index.php/JAIHI/article/view/18