ELEMEN PENGAJARAN BERKESAN BAHASA ARAB

  • Hazrul Affendi Mohmad Razali Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, Malaysia
Keywords: ELEMEN PENGAJARAN BERKESAN, PENGAJARAN BERKESAN, PENGAJARAN BAHASA ARAB, PEMBELAJARAN BAHASA ARAB, PENGUASAAN BAHASA

Abstract

Penguasaan bahasa Arab sama ada sebagai bahasa kedua atau bahasa asing melibatkan dua elemen penting iaitu pemerolehan dan pembelajaran. Walaupun pengajaran bahasa Arab telah didedahkan sejak peringkat awal persekolahan, namun banyak kajian mendapati tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap lemah. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan konsep pengajaran berkesan dan mengenal pasti elemen utama pengajaran berkesan Bahasa Arab. Kupasan idea dalam kertas kerja ini berbentuk kualitatif menggunakan instrumen analisis dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran berkesan adalah proses pengajaran yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang menguasai ilmu yang diajar bertujuan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan melalui modul, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang tepat. Manakala elemen utama pengajaran berkesan bahasa Arab adalah melibatkan latar belakang dan pengetahuan tenaga pengajar, objektif pembelajaran, modul, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Impak kertas kerja ini adalah keperluan kepada penetapan tenaga pengajar yang berkelayakan, pelarasan modul pengajian dan persekitaran yang bersesuaian oleh pihak yang berkepentingan.

Published
2020-01-10